Rabu, 27 Mei 2009

sejarah sekolah

Sekolah merupakan institusi formul yng berperanan mengembangkan potensi individu dalam bidang sahsiah dan keintelektualan bagi melahirkan insan yang berjasa kepada masyarakat dan negara. Salah sebuah sekolah yang turut memikul tanggungjawab yang murni ini ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh. Jika kita menyusul sejarah kelahirannya, kita akan menemukan bahawa kewujudan sekolah ini dalah gambaran sesuatu hasrat yang murni dalam perjuangan mewujudkan sekolah beraliran kebangsaan (melayu). Kelahiran sekolah ini selaras dan serasi dengan semangat yang terkandung dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan yang pertama di bandar Ipoh dan salah sebuah sekolah aliran Melayu yang tertua di Perak.

Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan, Ipoh bermula sebagai sebahagian daripada Sekolah Menengah Anderson, Ipoh pada bulan Januari 1961. Pada tarikh inilah dibuka sebuah kelas Tingkatan Satu dalam bahasa perantaraannya Bahasa Melayu. Pentadbirannya dikelolakan oleh Sekolah Menengah Anderson, Ipoh dengan penuntutnya pada masa itu semuanya lelaki pada penggal kedua 1964 berlaku sesuatu perubahan dari segi penuntutnya selain penuntut yang sedia ada di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh sekolah juga menerima penuntut perempuan yang beraliran melayu dari Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh. Mulai detik ini sekolah ini mempunyai penuntut lelaki dan perempuan dan dikenali sebagai Sekolah Menengah (SMK) yang pentadbirannya diletakkan di bawah seorang penyelia. Mulai 1 Januari 1967, sekolah ini mempunyai pentadbir sendiri dan jumlah kelas ketika itu ialah 36 buah. Pada masa ini, kelas-kelas ditempatkan di tiga tempat.

Pada 3 Jun 1968, bangunan baru (bangunan utama) siap dibina di Jalan Diary Ipoh dan pada 28 Mac 1869, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Chulan dibuka dengan rasminya oleh Y.B. En. Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu.